Thursday, 17 March 2016

korean drama day off

assalamualaikum

Hari khamis adalah hari yang aku tunggu2 tiap minggu sbb only one class je hari ni yeheett. plan nak sambung tengok korean drama, tapi rasa macam terbantut plak rasa tu. yang membuatkan aku excited gaban ni sbb aku tak boleh move on lepas baca blog Fatin Liyana. sebab kisah dia dan suaminya yang sangat manis sampai diabetes. tambahan lagi both of them are doctors membuatkan aku jadi fangirling dengan mereka hahaha. tahu tak dulu aku nak sangat jadi doctor, dah berangan macam2 hahah.

Tapi Allah make a beautiful supprise for me dengan memimpin langkahku ke arah medical laboratories atau bahasa poyonya 'medical scientist' suatu hari nanti InsyaAllah. dan inilah jalan yang Allah tunjukkan untuk aku dalam dunia perubatan ni. walau aku tak dapat apa yang aku inginkan, tetapi Allah tahu apa yang terbaik untuk aku.

 Kerana Allah telah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud:

".. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

Subhanallah

 Walaupun begitu, masih luas dan bercabang jalan dihadapan yang aku tak tahu bagaimanakah pengakhiran dan pilihan hidup aku. mungkin kurasakan ini adalah jalannya,. tapi barangkali ia bukan seperti apa yang disangka. there were a lot of beautiful supprisess yang hanya Allah saja yang tahu. and from here, pegangan diri dengan Tuhan lah yang paling kuat kita kena pegang. kita tak boleh jamin sedangkan iman kita sendri berbolak- balik. though, jangan jadikan itu satu alasan untuk kita buat perkara yang Allah benci, tapi jadikan ia satu alasan untuk kita memperkuatkan lagi amalan.

Allahu

back on the topic, this post is purposely to appreciate myself yang menjalankan nekad dalam menuntut ilmu. (baling bunga sikit) sejak almost 2 semester i was losing my aim dalam menuntut ilmu. aku masih lagi tewas dengan ujian. dan ternyata aku telah tewas.

 Allah tunjukkan bahawa rahmat Allah itu sangat berharga, if you lose it, you are plan to fail in life.

Allah beri aku kasih-sayang yang aku tak sangka, Allah mendengar doa walau hanya berbicara dalam hati. Allah menunjukkan kebesaranNya. ternyata Allah itu Maha Mendengar . setelah aku rasai nikmatnya, aku makin alpa dengan kenikmatan dan tenggelam dalam kemewahan. aku semakin jauh, semkin kurang amalan, semakin kurang bertahajjud. dengan kebesaranNya Allah menarik sedikit demi sedikit nikmatNya untuk aku buka mata.

the important thing is you have to never give up in life. biar payah macam mana kau nak bangun dari semua ujian yang kau peroleh, asalkan kau tak pernah give up dalam beribadah. suppress the countless failure you have by countless prayer you do. biar susah asalkan hanya niat yang satu. hanya kerana Allah.

haaa nok tau apa yang aku appreciate nyo? haa sebab aku dah off korean mood almost 2 days hahaha. runningman yang usually aku tgok everyday smbil makan, ongoing episode korean drama yang menemani aku tiap malam before bed. semua tu aku let it go pelahan2, trying to put more effort in my studies.

 " Mana Aqilah yang dulu? " 

simple but padu weyh masuk dalam hati terus naik ke otak shoot terus ke auditory canal yang asik bergema kat telinga ni. thanks to my friend yang sedarkan aku. tahu tak how hard im battling myself dengan ayat tu. aku campak belakang timeline hidup aku. aku keluarkan satu2 mana yang tak patut. senang citer aku defragment balik otak aku, organising balik hidup aku. lagi perih bila aku nak cope kan situation lama ke dalam current situation yang dah tak sama. nak hidupkan balik picisan yang dah mati. process yang lama,. until now, i cant figure it out. i tried but i changed too far,. its hard to going back to my old self. almost 180 degree turning weyh...

''kenapa aku macam ni?''''kenapa bahasa aku dah lain?''''kenapa aku bodoh sangat?''''kenapa aku senang terpengaruh?''''kenapa?..kenapa?.. kenapa?''

i cant get the end of it. too much question yang aku wondering. aku ketepikan orang2 yang dahulu sentiasa dalam doa aku. tapi aku jadi tertanya? betul ke tindakan aku ni? aku berkalih dari perkara yang aku benci tanpa aku selesaikan. aku ketepikan semua yang menyakitkan hati aku demi aku mendapat kebahagiaan. i keep changing my personalities when big impact hit me. i thought i can..but still im losing me.

otherwise, people hate me, they get their distance away from me, and things never settle down. keep bulging bigger. until now i have to list down what i have to do and what i have to stop. it feels like research on my self hahah semoga Allah perkuatkan aku.


1) stop bickering
2) pass through the shit to get out of the shit. (lepastu wash the clothes with iman)
3) appreciate the things around you
4) suppress the satan by injecting high quality of prayer
5) do not ever miss your reciting and mentadabbur the ayat
6) try doing qiam at least once a week
7) always istighfar dan selawat ke atas Nabi.
8) have faith to Allah and let the rest upon Him

a few steps that i thought can empowered myself again, these listed things might hard to keep it constant but we have to try even a little thing. sebab,.

''Allah tidak akan mempersia-siakan hambaNya yang bertawakkal.''

so yeah,.. im still trying with my reckless heart and sinful soul. but gaining trust to Allah and never give up in prayers are the key. after i wrote this, i might be slightly far from what is written, if you see me thrown away from the right path, hold me and lead me to the right way. i need your help with your generous du'a. May Allah guide us to Jannah. ^^


Sunday, 13 March 2016

yellow

Assalamualaikum ^^

Petang itu,. petang yang aku rasa amat bermakna buat aku. petang yang aku rasa indahnya dunia dengan gelak tawa mak abah menyambut kepulangan kami adik beradik. petang itu, secara kebetulan aku pulang bersama kakak. tak lama kemudian, abang datang dengan bakal isteri dia,. situasi yang aku rasa priceless yang susah nak digambarkan,. suasana yang kami adik beradik2 berebut nak salam mak abah dengan anak2 kakak, and lastly we cheerish each other. such a precious moment. 

malam tu, abah dengan suara macho dia, bukak family meeting dengan ummul kitab, suasana hening diselangi dengan gelak tawa anak2 kakak, lawak hambarudin abang ayie dengan karenah bakal akak ipar yang tak habis2 usik aku. soalan yang macam ni ( entah2, adik yang hantar permohonan nikah ni dulu dari abang, khusyuk benor dia dengar) haaa memng aku dah target dah.

lepas family meeting tu, time to sleep,. abag pun hantr bakal isteri dia balik. malam itu terasa sangat bahang waktu malam, almaklumlaa, rumah takda aircond lagi, takda perabot pun lagi, maka kitorg pun bukk la tingkap,. masing2 tidur berderet dekat ruang tamu dengan tilam. abah dah lama tidur berguling kat lantai sbb bahang sangat. malm tu, kaki aku sakit, mak pun dengan ringan hati dia urutkan kaki aku. 

keesokan pagi, lepas solat subuh, golek2 sebelah mak yang biasanya mak baca wirid lepas subuh smbil tunggu dhuha. dengan tak disangka abah datang dekat  sbb nak berborak dengan mak, sesambil tu abah urut kaki aku. terharu sangat sbb setahu aku malam tadi abah dah lama tidur waktu aku sakit kaki. abah cakap ''yang mana sakitnya tu, meh sini abah urut''. aku yang mamai terus terbuai mimpi sebab abah urut memang seriously jempol lah.

dan hanya satu malam saja aku spend time dengan family dan terus rushing balik shah alam. every moment aku dengan family, terasa sangat berharga,. kalau boleh aku nak masa berhenti. dan bila kau berpisah dari mereka, kau akan merindui kasar janggut pendek abah kena dahi waktu dia cium setiap kali lepas solat, kau akan ingat pelukan dan ciuman lembut mak dekat pipi. kau akan ingat tangan kasar abang yang kau cium tiap kali nak hantr balik, kau akan ingat senyuman manis akak tiap kali kau akan berpisah berbulan.

dan setiap moment itu aku rasa sangat berharga, kerana siapa kita untuk tahu ajal kita. siapa yang dpat jamin yang kita punyai hari2 yang lain dengan mereka. bila berjauhan,. kita akan ingat setiap moment yang kita rasai bersama orang yang kita sayang. bila kita merindui mereka, tanpa sedar, kita mengingati semua memori indah bersama.dan tanpa kita sedari, kita akan banyak bercerita tentang mereka. mungkin juga tanpa kita sedari, air mata itu menitik sendri. air mata dari mata yang menyaksikan picisan hidup yang entah bila lagi kita dapat rasai.

look at the stars
looks how they shine for you
and everything you do
yeah they were all yellow.