Tuesday, 26 January 2016

ABAH

assalamualaikum w.r.b.t

Sepatutnya sekarang ni aku dah kena start 4 assignmnt yang semuanya kena hantar lusa,. tapii lupakan segalanya sebb aku sangat risau dengan abah. hmm,. kadang2 terfikir yang mungkin tak perlu kut nak risaukan abah sbb ni bukan kali pertama abah duduk rumah sorang2 sebb mak pergi kursus, anak bujang dia pulak sibuk dengan kerja dia. tapi bila tengok abah yang semakin tua, jelas kelihatan kedutan, jelas muka kepenatan yang aku sendiri merasakan kesian dekat abah.

tanpa sedar, abah dah nak cecah 60 an, tapi abah msih gagah pergi ke sawah, usahakan kebn kelapa sawit adik2 dia,. kebun kelapa sawit dengan sawah mak dan adik ipar dia, abah sangat gigih. mungkin sebab kegighan abah nampak sangat abh kuat dan aku hampir lupa yang abah dah tua,. abah sakit kaki. abah mengadu kat aku yang lemah ilmu kedoktran ni kadang2 aku tau riak kehampaan abah. kadang2 aku terpaksa paksa abah pergi klinik atau hospital, aku risau, tambahan lagi abah seorang perokok tegar. kerajinan abah buat aku rasa abah muda lagi.

tapi hari ni, mak pergi kursus, sapa nak masakkan abah makanan? mak pergi kursus hampir 3 hari satu malam, dengan aku yang balik shah alam dah,. Allah,. hanya Allah saja yang tau risaunya hati aku. aku brtmbah risau dengan abah tadi..

aku nak pergi balik shah alam tadi, sambil tunggu abang balik dari butik dia, aku sempat sembang dengan abah smbil bersolek,. abah cerita yang seluar abah terkoyak besar masa kat sawah tadi, aku pun gelaklah smbil sapu krim kat muka, lepastu abah tunjukkan seluar dia,. serious koyak besar, kalau aku memng dah nak buang dah seluar camtu., tapi abah suruh carikkan kotak jahitan sbb dia nak menjahit. aku tanya "Ni dah berapa kali dah koyak ni bah?" abah jawab, " Dah dua kali dah termasuk kali ni, haritu abah jahit, tak koyak plak jahitan dia, ni plak koyak sebb jahitan seluar ni yang reput". aku tengok seluar tu, dlam pemikiran aku, seluar ni bukan sebb jahitan asal dia yang reput, tapi sbb seluar ni memang dah lama sebab tu reput, tapi abah gigih menjahit.

aku tanya lagi "abah nampak ke?", abah jawab "nampak,.dah dua cermin mata abah pakai ni, mestilah nampak" memang abah pakai dua cermin mata sbb abah sangat rabun, mata abah ada selaput. aku dulu pernah suruh abah pergi check mata, tapi abah tak nak. mak pun sama, susah betul kalau kami adik beradik suruh pergi klinik atau hospital.

aku risau sangat dengan abah, aku tahu abah penat, masa abah tidur aku tengok wajah dia, persis arwah atok, tiap kali abah tidur, mesti mak cakap "shhh, jangan kacau abah tidur, abah tengah penat". kadang2 aku tak smpai hati nak kejutkan abah bangun kalu ada apa2, tapi abah tetap gigih. mana taknya,  abah memnag seorang yang kuat bekerja,

sampai sekarang dia masih berusaha, biasanya kadang2 subuh kalu abah ada kuliah, dia akan beri kuliah subuh di masjid atau surau, lepastu beli sarapan untuk kami, then pegi sawah smpai tengah hari, rehat 3 jam, abah pergi kebun sampai petang kalu tak abah akan tgok cerita kungfu/ cina kat rumah. maghrib abah pergi beri kuliah smpai isyak, balik abah kadang2 makan, kalu tak pun abah smbung tv national geography/ kungfu/ pasal sejarah/ pasal machine.. pkul 11 atau paling lewat pkul 12 malam abah akan tidur. time tu sudah tentu mak dah tidur dah. biasanya kadang2 abah tak tidur smpai pukul 1 tgok cerita yang dia suka, tu pun kadang2 kalu aku teman kalu tak abah akan terlelap kat depan tv sorang2. hahah

alahai rindunya kat abah, semoga Allah lindungi mak abah kakak dengan abang setiap hari :)

okayy jom bersenggama dengan assignmnt!! here u go girlsss!!!