Thursday, 2 July 2015

IM BACK

assalamualaikum w.r.b.t

huarghhhh.. lamo dah tak mengupdate blog nih.. memang nak kena masuk long sem baru berganda2 rajinnya ke? hehehe.

banyak sangat peristiwa yang aku tak dapat nak luahkan. mungkin tak perlu kut nak diceritakan. biarlah ia jadi rahsia. tapi hari ni aku tak tahu kenapa, aku rasa nak sangat mengupdate blog ni. macam banyk sangat yang teringin nak luahkan.

so apparently today, i hve a very joyful day with my baes. sincerely grateful for coming into my lifes. dari pagi sampai ke malam dok keluaq, dah la ponteng kelas. *uhukks,, tak sengaja sebenarnya, just lari dari plan. so perjalanan today, aku ringkaskan dari shah alam - kuala lumpur - shah alam - subang -shah alam. dari pergi buat assignment ke kisah belajar gelak dengan sopan sekali extra dpt number barista free. sangat kelakar sampai sakit perut aku dibuatnya..

tersangat banyak memory indah yang tak dapat nak diluahkan,, tapi sangat bersyukur sebab ada mereka untk hiburkan hari2 aku. dulu, aku tak pernah merasa indahnya begini, tapi Allah itu Maha Adil, lalu Dia hadirkan persaan itu kepada aku. Allahu, Alhamdulillah..

dan Alhamdulillah, hari ni da 14 Ramadhan 1436H, separuh bulan da aku dalam bulan tarbiyah ni. semoga apa yang aku usahakan dalam misi tarbiyah diri pada bulan ni aku dapat istiqamah sehingga sesi bulan tarbiyah aku tahun hadapan, jika diizinkan Allah.

sebenarnya banyak yang Allah didik aku dalam bulan ni. Allah bantu aku mengahdapi kesukaran yang aku alami. terutamanya dalam misi ikhtilat aku.

serius, nak jaga ikhtilat ni susah. apatah lagi bila aku ada kawan baik.

tapi sayang,,

'berkawan dengan lelaki dan berbual mesra itu bukan ukhuwah, ukhuwah sebebnarnya apabila kita menghormati masing2 dengan cara menjaga iktilat antara satu sama lain'

-tarbiah sentap

ini adalah misi pertama aku dalam bulan ramadhan ni. bukan senang, susah.. apa yang kita sangat takut dalam bulan ramdhan ini adalah apabila kita tahu dosa yang kita lakukan itu adalah datangnya sendri dari diri kita dan bukan syaitan.

seriuss,, rasa nak berborak je ngan kawan laki bila kebosanan.. tapi.. aku cuba tanya soalan untuk diri sendiri.

'kenapa perlu ada kawan lelaki setiap masa sedangakn manisnya ukhuwah antara perempuan itu lagi indah dan suci?'

'aku sendiri tak suka lelaki yang asyik fikirkan perempuan tetapi kena aku sendiri asyik nak fikirkan lelaki?'

'didik hati dlam bulan ni dan semoga istiqamah.'

dan aku berharap sangat misi aku ni akan istiqamah bukn hanya pada bulan ramadhan tapi selamanya,

kawan

aku bahagia bila tengok kawan kita bahagia, kita turut gembira bila mereka gembira. tapi sedih, bila mereka diuji dengan prkara yang aku pernh diuji dahulu. aku tak nak mereka ulangi.
aku cuba selmatkan mereka, tapi aku msih diri aku yang lemah dan tak yakin dengan diri sendiri ni.

kawan..

lelaki bukan segalanya
aku lebih sanyangkan ukhuwah kita sehingga selamnya
aku pernah rasa sakitnya
aku pernah rasa kecewanya
aku sayangkan kamu
aku tak nak kamu rasai perihnya
apa yang aku tahu
apa ynag aku mampu
aku doakan kalian dipermudahkan urusan
dalam menghalalkan hubungan..

kadang2 rasa iri hati, sebab aku tak ada orang yang setiap kali pandang skrin akan tersenyum sendri,
berseri2 wajah setiap hari.
tapi aku yakin..
biarkan aku begini, aku adalah aku yang suatu hari nnti akan hadir dia yang menceriakan hari2 aku.

lelaki..

kadang2 aku rasa seperi aku sendri menjatuhkan maruah aku dengan seorang laki, bukan kata ego atau sombong, tapi ingin memelihara mahalnya diri ni. susah ingin aku percayai lelaki. bagi aku semuanya sama. langsung tidak satu pun perkara dapat mengibah persepsi aku. walau kau kawan baik aku, aku tetap susah nak percaya.

kadang2 rasa kecewa dengan kawan baik sendri, bila aku lihat dia seolah2 menjatuhkan maruah kelakian dia sendri. dengan alasan, hanya 'Kawan'. nak cari jodoh la konon.. tapi apakah kau masih menjaga maruah kau sebagai lelaki kalau gmabr sorg wanita yang bukan halal bahkan dia asing kau paparkan di media. dan dia bukan yang halal buat kau, tapi tidak kah kau sprti menjadikan wanita itu satu fitnah buat kau dan maruah kau sendiri kau calarkan.?

jadilah lelaki yang mahal, dimana hati dan jiwanya diserahkan untuk Allah semata2., buakn lelaki yang megah akan ketampanan dan kehebatannya mempunyai permpuan disekeliling?

sayangkan? andai kita sendri membuat fitnah untuk diri sendri dan orang lain..

sama juga kepada wanita,, andai lelaki dan perpmpuan menjaga ikhtilat masing2,,, tidakkan ukhuwah itu telah tercapai tidak secara langsung?

aku menulis dngan menasihati dir yang sama sahaja dengan situasi begini bahkan aku juga melakukan perkara yang sangat teruk yang memalukan maruahku sendri..
tapi aku tak nak sisa2 kan hidup ak dengan prkara sebgini..

biarlah hati ni hanya terbuka untk mencintai ALLAH sebelum aku mencintai orang lain. biarlah ia ikhlas dan suci, sebelum untuk yang halal. semoga apa yang aku usahakan, apa yang aku gigihkan, akan terus membatkan aku lagi dekat kepada cintaNya dan selmanya..

Allah hadirkan bermacam2 orang dalam hidup ni. ada yang singgah, ada yang berlalu, ada yang tidak peduli,, tetapi hakikatnya kita hanyalah kita di dunia ni. berjalan seorang didunia ini, namun Allah sayangkan kita, lalu dia hadirkan kawan, teman dn shabat didunia ini. untuk apa? untuk kita mempelajari erti syukur, bahawa dalam mencari diri ini, Allah hadirkan mereka untuk membantu kita. alangkah rugi andai kita mensia2kan teman kita terkontang kanting mencari jalan, sedangkan kita juga berperanan sepertinya juga.

sebab saya sayang kawan-kawan saya. sebab saya rindu kawan- kawan saya.. semoga kalian dirahmati Allah dan dipermudahkan urusan dunia dan akhirat :D