Thursday, 26 March 2015

woii budak

assalamualaikum ^^

sebelum nak habaq ceghita.. nak tegur sikit empunya blog ni..

p/s: dear aqila yang comel.. sopan sikit bahasa pelishhh

okayy thank you dear self ;)

.....................................................................................

tajuk tiada kaitan dengan post pun sebenarnya.. cuma diri ni tahu sudah jauh sangat kesopann aku menghilang..
ehh sat!!, aku pernah sopan ka?
mesti la ada.. cuma kadang-kadang tak bertempat... lagi-lagi kau punya malu tu. tak bertempat wahai aqilah!
okay.. noted that!! bantuin aku dong~
aku tahu kau boleh! yakin sikit!
okay smilee:)

....................................................
so hari ni cheq mau ceghita siket kat hangpa semua ni..
hari ni egek berkueliti siket la.. sikit jaa
macam biasa..

pagi-pagi lepas subuh biasanya aku sambung tidur sat pastu baru menerjah ke dnia nyata yang kadang sampai tengah hari. bukan sengaja, tapi lately aku susah nak tidur malam. susah nak cari nyenyaknya. asyik terjaga dan tak boleh nak lelap. hampir seminggu aku macamni. kadang sampai 4 pagi atau 5 pagi baru bleh tidur. satu ke dua jam tidur bagi aku okay la tu asalkan subuh tak terlajak.

alkisah hari ni tadi, aku langsung tak boleh tidur sampai azan subuh. entah kenapa bila azan aku terus rasa nak tidur. time tu pun bilik air pun bunyi ada orang masuk, abah la tu kut. dan aku terlelap,, belum sempat aku nk mimpi, abah masuk bilik, bukak lampu time tu luar da cerah, dengar bunyi kereta motor basikal budak2 nak pergi sekolah. aku terbangun terkezzutt gila. pastu abh suruh solat. aku pun terus la bersiap2 untuk solat. lepas solat, cadang nak sambung tidur, tapi lupa,, dah janji dengan abah nak ikut pergi sawah.

abah dengan hensem2 masuk bilik sekali lagi pastu pancing aku pergi ikut dia, abah kata nak pergi tali air/ kunci air, sarapan pastu pergi sawah. aku yang berselimut dengan mata tak mau nak lelap lagi aku terus bangkit pergi siap2 ikut mak abah. cam biasa lah, jeans dan t shirt helium sukan sekolah dan tudung nealopak pstu ikut mak abah.

sebenarnya excited da lama tak jalan keliling kampung pagi2, nak rasa nyaman suasana kampung sebb rumah aku dekat pekan. jadi cam tak rasa nikmatnya hidup di kampung.

destinasi pertama, pergi kampung abah sat sebelum masuk kampung sawah mak. dalam perjalanan, ramai warga kampung yang berpkaian nak ke kebun macam abah , barangkali mereka ada destinasi mereka sendiri. naik motor, bawak galah panjang, pakai topi cam orang nak mesin rumput, berkasut pua chu kang warna hitam yang tercalit lumpur, kemeja lusuh dan bert shirt lusuh (style aper, budak skang ja yang pakai camtu katenye pesyen la kunun, baik humban dalam kebun sawit, rasakan kau dengan ular pokok, pacat, lintah bulan).

aipp.. yang cakap ni macam berani ja.. mehh masuk kebun sorang2.

sampai tali air/ kunci air (function untuk kawal air keluar masuk ketika pasang surut air laut) abah mak ada hal sekejap. aku pun tengok air.. tenang je., tapi sayang, pencemaran alam sekitar, da la org longgok sampah kat dengan sungai. sadiss..

 aku pun terfikirla lagu budak2 dulu..

air pasang dalam surut pukul lima
nyonya bangun pagi siram pokok bunga
pokok bunga melur tanam tepi kolam
itik bertelur ayam memeram
cik baba jatuh dalam parit
cik aminah ketawa jerit-jerit.

sebenarnya lagu ni ada kaitan dengan kunci air tu, so aku fikir, woww!! kecik2 kita dulu da belajar da pasang surut air. maju beb. budak sekarang ado? ngehh..

lepastu dengan mata yang rabak, abah ajak pergi sarapan di gerai sepupu kepada sepupu abah. first time aku pergi kedai dia, malu seyhh.. kawan2 abah ramai kat situ. ada yang pakai topi kerja, kopiah, t shirt kerja, dan ada yang bawak bini anak2 sarapan skali situ. mak wat lek wat peace ja, aku yang malu2 kunun sebb da lama tak jumpa orang kampung, dulu waktu kecik2, berani, selalu kena ejek sebab masa baby aku takut dengan orang, asyik2 nangis. hahaha besar sikit berani, sekali sekarang, malu-malu pulak dah.. tapi aku cool ja,, buat cara matang sikit. hahaha.

dalam gelak ketawa orang2 dewasa ni, aku pun menguping je la ,

(dialek jawa)

Pakcik A : ni anak yang bongsu dulu tu ke?
abah : haah, yang kecik sekali
pakcik B : belajar mana?
abah : MSU
pakcik A : ouhh yng tepi hiway tu ke?
abah: haah
pakcik B : mahal tak? berapa yuran?
pakcik A : mesti lah mahal. swasta. ambik course apa?
abah : ada Mara yang tanggung, dia ambil course Medical Lab..

aku sengih ja dengar sebab orang mesti nak kritik atau nak membandingkan, mereka pun sembanglah sampai cerita perbezaan wang dolar dengan nilai ringgit malaysia. abah pun gelak dan join ja. aku ngan mak makan Lontong sambl borak dengan owner gerai tu. dia perempuan dan sembang makcik2 pun bermula.. kebanyakan cerita pasal kesuburan pompuan la sebb menantu dia belum pregnant lagi, jadi aku layankan je lah.. last2 aku cakap rezeki masing2 pastu mak ngan makcik tu gelak jeh. aku pun bajet da dewasa sangat lah nak ckp cam makcik2. hahah

tapi emang norma hidup kalu manusia tu saling membanding bezakan antara satu sama lain. kita hanya perlu cari konklusi yang terbaik tanpa menyakitkan mana2 pihak. kita kena ada pendirian sendri. pendirian yang betul. tak melatah jika ditegur dan tak bangga dengan apa yang ada.

lepas kenyang perut, mata rabak dengan mamai, abah ajak pergi sawah,.sebab sekarang tinggal tunggu padi menguning/ masak untuk dituai bulan april nanti. tapi sebelum tu abah ajak pergi kilang padi Tanjong Karang. dimana semua padi yang telah dituai, diproses jadi beras. tapi kebanyakan padi malaysia di eksport ke luar negara. abah pergi situ bukan nak ajak tengok cara pemprosesan tapi nak daftar kan sawah untuk dituai. haaaa setiap pemilik sawah kena daftar untuk padi mereka dituai dengan mesin padi kerajaan.

abah sengaja ambil jalan panjang untuk ke sawah mak, abah nak tengok sawah orang lain cantik ke idok. nak tau sawah tu cantik atau hasil yang banyak, dari jauh kita nampak pokok padi tu rendang dan biji padi tu banyak smapaikan pokok padi tu nak menunduk sebab berat dengan isi. kawasan padi yang kemas tiada padi angin atau rumput tinggi, sawah sekata dan banyak hasil adalh padi yang banyak. jika pengusaha sawah tu banyak hasilnya dan cantik sawahnya, maka sawah tu dijadikan benih oleh kerajaan. maksudnya hasil padi kita tu diambil dan dijadikan beras berkualiti. tak silap aku lah.. dan Alhamdulillah, musim padi yang lepas sawah mak abah dijadikan benih atau sawah contoh oleh kerajaan. bukan satu sawah ja,, banyak lagi sawah yang lain yang cantik dan bagus hasilnya.

seronok duduk sawah., nyaman ja.. angin pagi sepoi2.. mata menghijau, hilang stress...

sesambil tu aku terfikir.. andai mak abh da tiada,, siapa yang nak jaga sawah mak dengan sebaik mungkin seperti mak abah usahakan. sudah tentu abang ipa dan kakak dengan kerjaya mereka. sorang engineer dan sorang guru. abang pulak,, mengusahakan kedai yang makin hari makin sibuk.. aku..?
aku tanya seorang diri.. siapa lagi? aku mungkin jika diizinkan Allah aku sibuk dihospital. suami..? jangan tanya laa.. calon pun tiada lagi, hati pun aku tutup lagi.

aku fikir lagi.. masih adakah lelaki di luar sana yang sanggup berpanasan kena terik mentari sawah. hitam kulit mukanya kerana bekerja, tahan dengan selut dan segalanya sedang aku ini sangat lah gedik yang teramat. hahaha

persoalan yang aku simpan tapi aku tak mahu mencari.. biar ketentuanNya..

aisehh mann!! syahdu sungguh kata2 aku di petang khamis ni ehh.. hahahah. lek laa.. belajaq dlu, focus!! masa depan tu penting. jodoh da tertulis, apa nak risau? apa nak menggabrah? lek suda..;)

nyahh.. ni hasil sawah yang lepas.. tapi sayang aku tak dapat nak bagi banyak lagi gambar best sebb telefon aku semput dah. jadi gambar yang ada je lah.. hehehe. tapi sawah hari ni makin tunduk makin berisi. hehehe

maka.. jadilah seperti resam padi yang makin tunduk makin berisi hahaha jangan jadi ayam mati di kepok. dan janganlah juga jadi seperti nampak kuman seberang laut tapi gajah depan mata tak nampak.








byubyubyuee~^^

Tuesday, 24 March 2015

segenggam tabah

benci
rasa diperbodohkan
rasa dkhianati
rasa disakiti
biarlah
sabarlah
..senyumlah
sedih
sakit
marah
..senyumlah
pedih
hampa
kecewa
..senyumlah
menangis
lemah
seorang
..senyumlah

..senyumlah
..bangkitlah









Saturday, 21 March 2015

suka-suki


hilang

aku rasa nak hilang dari semua ini.
nak sepi sekejap.
nak menyendiri.
nak lari dari semuanya
duhai diri.. sudikah?
kuatkah?
bisakah?
mampukah?
mengapa perlu bertanya
sebab aku tahu
aku tak mampu
tapi aku mahu
aku lelah
aku penat
penat dengan semua ni
pasal percintaan kah?
bukan
itu dusta
perlukah cinta?
sedangkan diri tidak dicintai
mengapa?
mahukah diri dimakan api neraka?
kemudian?
penat dengan dunia ini
seringkali aku tewas
aku berat sekali untuk bangun
aku bukan persistant


aku

jeans
kemeja
bawal
sneakers
sombong
penyabar? nahh..
sopan? nahh..
kau nampak luaran aku
kau jauh dari aku
kau benci aku
kau kritik aku
kau judge aku
seolah-olah kau Tuhan
aku sengih
aku pandang langit
aku senyum

jawab

siapa?
apa?
aku?
kau?
kita?
bila?
tunggu?
ya..tunggu..

gelap

menangis kenapa?
takut gelap
ada apa dengan gelap?
tak nampak
tapi kenapa aku nampak?
ehh
buka mata hati
pandang sekeliling
Allah ada
saat gelap dan cerah

cinta

manis
masin
masam
busuk
tahi
poyo
kahwin
cinta juga
mana tahi?
bohong

lelaki itu

huffaz
elok
berdebar
sejuk
pergi
air mata
Allah ada

lelaki ini

siapa?
dari mana?
bagaimana?
indah
jempol
manis
ikat
lafaz sakinah
imamku
bahagia
sergah
aku mimpi rupanyaa

Thursday, 19 March 2015

THE PIECE OF ME

asssalamualaikum^^

alhamdulillah semester 2 da berakhir dengan jayanya minggu lepas. akhirnya aku dapt luangkan masa bersama dengan famili. 

wahhh.. gembiranya rasaaa

tapi lagi gembira mak abah bila rumah dah bising. hahah ye ke?

aku kisah apa sebab di rumah la tempat aku bermanja, menggedik, mengada-ngada. sampai aku lupa aku dah 19 tahun..

yes aku manja. i dont care kau nak cakap apa. aku gedik. of course!! do i care~~~ 

bila usia masing2 meningkat, apalah salahnya andai diri jadi budak-budak sekejap. 

dah lama aku tak bergurau dengan abang aku. aku ingat tengah hari tadi, main lari-lari satu rumah hanya kerana dia conteng muka aku dengan pen merah. apa lagi,, balas la balek.. maka berkejaran la kitorg dengan tengah hari yang sunyi dengan orang lain tengah jamah lunch, kitorang gaduh conteng muka masing-masing. abah dengan mak jadi penonton. abah cool je, mak pulak gelak je tengok kitorang.

yess!! petang yang sangat berkualiti bagi aku.

aku ingat lagi semalam aku buat perkara annoying gila sampai mak aku sendri tanya aku dah kenapa. hahaha. aku suka  menggedik. asyek2 panggil mak aku. sikit2 panggil mak aku. hanya sebb tak selesa nak mandi, aku membebel sbb nak mandi. hahah dan apa yang paling best?!! mak ketawa gilaa! hahah

dan smalam aku baru tahu.. abah suka makan aiskrim potong. ahahah memang like father like daughter. alhamdulillah abah takda diabetes.

dan untuk first week cuti sem ni, aku plan minggu ni je lah nak pi kuaq memana. tapi sadiss, cuti sem semua balik kampung, kawan lama pulak lom cuti sem lagi.. alahaii~ tapi takpa.. aku nk jadikan bonding time aku dengan abang sayang aku..ihiks (nasib kau tak tau aku punya blog kuiikuiikuii).

sebenarnya tak lah bonding time mana pun sbb tujuan sebenarya nak beli buku kat mph. disebabkan aku degil nak pergi sorg2 pegi kl, abang aku pun layan la gedik aku ni. maka, berdatinglah aku dengan dia siap singgah Dubu Dubu.

and today.. setelah aku duduk terperap kat rumah dengan misi mengahbiskan novel2 yang aku beli, maka hati aku tergerak rasa nak kuar rumah. kebetulan mak abah nak pergi tesco. maka aku pun dengan kesakaian yang tak mandi petang lagi membalun sweater, jeans dan tudung ikut mak abah. haihhh.. aku mmg tak lepas dengan kesakaian. peduli apa aku ngan muka tak bertepek bedak. hahaha..sakai!!

tapi apa yang paling aku tak suka,, bila kat tesco ks tu kompem adee laa member2 yang aku kenal kat situ. tapi hopefully tak nmpak aku. aku teruskan langkah ikut mak abah. mak tengah bayar internet, aku ngan abah pun apaa laagii.. dating ahh!! kalu anak dia ni tak merengek nak beli makann, mmg abah tak kan tinggalkan mak. hahaha kacau daun.. aku menggedik nak itu nak ni.. sapa suro tak makan petang tadi.. jadi abah ajak aku pergi beli roti tesco dengan King's bakry. time tu aku jalan ngan abh poyo jeh, aku naikkan hood ngan full zip. abah tanya 'kenapa tu?' aku jawab 'saja, sejuk'. padahal aku tak perasan pun aku wat camtu sbb aku da terbiasa kat shah alam kalu kuar malam pakai sweater naikkan hood.hahah best memory time tu bila abh try speaking english walaupun aku tau ada slang2 jawa sikit. tapi aku iyakan jeh. walau kadang2 mak pulak yang mencelah ajar abah tapi dua2 bunyi jawa yang keluar. hahaha

cuti semester bukan alasan kau nak cuti segala-galanya. cuti sem beramakna rehatkan minda sambil cipta memori indah. walau kadang2 kita hidup bersama diorang hampir 20 tahun, tapi selama tu kita masih tak tau lagi apa itu satu hubungan keluarga. siapa ayah? siapa ibu? siapa kakk? siapa abang? siapa adik? mungkin ni sesuatu yang remeh bagi sesetengah orang. tapi bagi aku,, ia sangat perlu walau aku sendri mengendahkan, sering mengbaikan mereka.

so why not, dengan kesenangan waktu yang Allah bagi ni kita focus kan family. nak saja setiap mmory tu aku tulis tapi terlalu banyak.. cukup aku simpan dalam memory. 

'aku nak cipta satu memori dengan mereka sebelum semuanya terlambat. sama ada aku atau mereka yang pergi dahulu.'

serious kita rasa sangat bermakna if kita dapat buat mereka ketawa, tersenyum dengan kita.

.................................................................

kau wat pe je cuti sem?

aku buat apa?

aku pun tak tau aku buat apa.

hahahaha

basically, we need plan or else we plan to fail. jjajangg!!

aku tak plan apa-apa tapi semenjak aku da terfikir nak manfaatkan cuti aku, mka.. aku beli beberapa buah buku..
sebenarnya kann.. aku kurang minat membaca. tapi sebb aku kurang mint lah aku nak add up minat aku. nak sembang campak belakang pulak rasa cam sembang kencang. tapi nak bangga sikitlah, aku tokoh nilam time sek rndah. hahahaha.

dulu lain.. sekarang lainn

maka aku nak pupuk balik semangat tu walau dulu sbb nk dpt anugerah tu aku copy je sinopsis buku tu. hahah main tipu!! elehh, korang punn wat gak enn.. tapi aku baca gak tau. walau satu buku yang setebal <200 page tu aku habeskan dalam masa 3 hari. hahah lame giler.

zaman da berubah, aku dah maju..hahah

alhamdulillah dalam masa < 24 jam,, aku boleh habeskan 1 novel stebal 200 page yeayhh!! semangat!! sebb storyline dia mmg best. hehehe.. that book is Seyogia. bestt!! mula2 cam tak sangat tapi pengakhiran dia best.

seyogia ni mengisahkan kasih sayang adik dan abang, Jazman(Sot) dan Jazreen(Jard).mereka mangsa keluarga yang bermasalah. mak ayah dia selalu pukul mereka dan langsung tak mengendahkan anak2. kasih sayang seorang abang yang mempertahankan kebahagiaan adik dia sehingga hadir seorg lelaki yang menggantikan perann sot setelah sot meninggal. jard pulak mencari ketenngan dengan meningglkan keluarga dan bertemu dengan orang2 hebat yang menarik dia ke jalan yang betul. kisah sedih, manis dan masam macam2 ada dlm novel ni. paling best dia tak da jiwang karat. hahaha

so today nak proceed pasal satu buku ni 'sepuluh jahanam'. bila tengok feedback readers yang macam okay dan buku dia banyak bestseller, jadi aku pun teringin nak baca. hasil karya Azwar Kamaruzaman. tak silap aku dia budak sbp. hmm mungkin karangan bm dia paling best kutt. so try je ah baca, da sampai half. not bad. aku bagi 4 bintang. kalu da hbes baca mungkin 5 bintang setepek. hahah

hmmm.. disebalik kisah cuti sem aku ni.. ado gak citer sedih. tapi some kita boleh crita but some maybe not kan. tapi tak pa laa, mungkin aku masih emotional dengan mende tu. kalu nak cerita pun,, cam buduh je kan sbb aku rasa aku sendri yang dumb. hahah.

konklusi kesedihan aku ni.. kita kena tahu yang orang sekeliling kita datang dan pergi. yang pastinya pergi adlah memori yang terguris. tapi lagi pedih jika pergi dan melupakan. andai pergi kerana jemputanNya, aku redha. tapi andai pergi dan meningglkan dengan sengaja... itu yang sakit. dan sakit tu membuatkan kita tak nak pandang belakang bahkan hanya serpihan. barangkali aku tak matang lagi dengan pemikiran dewasa, tapi kebarangkalian itulah segenap perasaan luruh dari hati. tetapi yang pasti dan kukuh, ini adalah perjalann aturan yang pasti ada haruman di hujungnya. maka bersyukurlah dengan yang datang, dan berbahagialah dengan yang pergi. kerana sesuatu itu dicipta atas sebab. berbahagialah dan senyumlah walau senyuman kita hanya palsu.

oh mak kauu, berpuitisnya aku. sungguh terasa sesperti saterawan haktuihh. jam laptop aku da menunjukkan 1.42 pagi, 19/3. tapi setting blog ni tak pernah betul. kompem post ni bertarikh 18/3.

 oklah.. selamat pagi dan salam muhibbah.!! wee~^^



Friday, 6 March 2015

fanatic? bonding timeee

salamunalaik^^

haii hoo..

alhamdulillah esok bole tark nafas sikit..mggu depan sambung perang. maka kita pun merehatkan otot2 tangan nak hayun pena next week, cuci mata dengan kartun, kembalikan mood dengan senyuman dan ketawa..

hahaha

so tadi lepas maghrib aku smbung aktiviti before exam iaitu tengok Naruto laa..

aikk.. mana drama korea nye?

hold sat.. nampaknya rating movie aku Naruto still tempat pertama dari drama dan movie yang lain.

eikk.. bile plak kau suke naruto nih?

haiilaaa...

da lame weii.. dari 2005. percaya idok? hahaha

well. sape yang rapat je tau.. tapi aku bukan kaki anime yang sume anime layan. aku ada layan yng lain gak cam Detective Conan, One piece, Bleach, Fairy tail. tapi dari semua tu, naruto la yang aku layan sampai skang.

cam kelakar? cam tak caya?

pengaruh naruto ni dari zaman akk aku student lagi. disebabkan zaman remaja dia, zaman remaja aku pun terkait sama.

dari sekolah rendah aku menghabiskan data internet rumah sbb nengok online, ditambah lagi movie korea yang lain.. hahahh

tapi sayang...

start masuk asrama, naruto aku pinggirkan, maka separuh jalan je aku tengok.niat dlam hati mmg nk sambung time univrsity, alhamdulillah, aku dpt sambung gak.

dulu time asrama layan kpop cam hampir fanatic tapi makin tua sikit, aku hanya layan drama dia ja.

dan sekarang.. both aku layan. tapi nmpaknya buat masa sekarang ni naruto didahulukan. gara2 kempunn nk tengok naruto the movie tapi better aku tengok dri episod last aku tengok dulu, baru feeling!! maka aku start dri epsode 220. aggaran cam last aku tengok. dan akan berterusn hingga epsode 400++

tak bosan ke?

ramai org tanya sbb epsode dia banyak sangt. tapi bagi aku.. asal kau minat kau tak jemu. macam kau belaja. asal kau tak jemu kau akan suka. the best thing about naruto ni bukan pasal dorang punya jutsu2 bagai tu, tapi dia really pasal real life. kalu nak citer.. pnjang berepisod plak.

tapi cerita ni banyak bagi inspirasi dari watak naruto tu sendri, no wonder laa,, dia kan hero. hahaha
the best part bila citer ni berjaya wat aku tersntap, bersemangat dan pernah buat aku  menangis.

aku mungkin species mudah terhibur dan mudah menagis barangkali. ade satu part ni yang buat aku nangis.

naruto hidup dalam suasana dia dibenci dan dicemuh. tapi dia tak pernah give up. dia berusaha walau teruk atau bodoh mana pun dia,, dia tak pernah putus asa. dia cuba dan cuba. dan disebalik kesedihan yang dia rasa ada satu prkara yang dia tak tahu. pengorbann mak ayah dia gadaikan nyawa untuk dia hidup dan amanh menjaga perkampungan tu. dari pengorbann mak ayah dia, dia jadi org yang kuat, cekal dan tabah.

aku tersentap jugak kadang2 bila kita relatekan dengan diri ni.. ambil pengajaran mana yang patut.

same goes to other movie atau drama yang aku suka tengok but mostly drama korea la, instead of mende sweet2 nih banyak lagi pengajran kau bole dapt. dri drama melayu yang kadang2 tak menjana pemikiran.. tak semua tapi ado la jugak.

tiap kali balik rumah, tv kalu abah conquer mesti abh suka citer2 kungfu lama atau maharaja2 cina. jadi dari sbb pengaruh abah.. anak yang mata sepet ni pun paa lagii.. join ahh!! kalu aku yang conquer.. maka satu famili join tengok runningman,drama korea, ngan maharajalawak/kaootkomedia.

the best thng ever bila kau start tngok tv, pastu yang lain join.. bila join ketawa sama2, terbongkang berjemaah depan tv. mkan depan tv ramai2 sampai semut datang pastu mak abah marah. hahaha

tapi...

susah nak dapat suasana macam tu lagi..

kesian kat mak abh mesti sunyii.. yelah mane taknya.. bila anak2 balik kampung buat rumah bergegar dengan ketawa tup2 sunyii.. hanya bunyi kucing je.. sedihhh

haihh tazabarr nak cuti sem nihh!!!

walau aku akan keseorangn hijung miggu ni bila peghuni rumah da start cuti sem,, aku terketel2 pergi perang. mka aku perlukan doa kalian.. doakan aku kuat dan sentiasa semangat!! bukan jadi pemalas!! dan yang peting.. doakan aku jadi wanita solehah..

amiinn..

ececehhh makcih semuaa.. semoga Allah balas jasa semuaa ^^

Tuesday, 3 March 2015

Hikmah

salamunalaik^^

huihuihuihuiii...

tiap kali exam mesti nk stress pastu mulalah pikir bukan2 ditambah lagi mood swing. rasa cam orang gila da hahah. seriusly aku tak suka exam. orang len pun. aku fikir.. ape motif Malaysia ni nak buat banyak sangat exam.

MSU plak rajin bebeno nk wat exam 3 kali satu sem. belum lagi quiz, assignment ngan lab test.
haihhh...

MERUNGUT!!
MERUNGUT!!

kau mmg tak pernah bersyukur, manusiaaaaaaa

take it positif laa.. tu kira cam lathan kau untuk future koje kau.. biaq melekat sikit point2 kat hotak tuu..

tapi masalahnya ilmu yang kita belajar kat sekolah dlu tak pulak nk melekat sangat. so aku concludekan kita semuanya belajar kerana exam bukan ikhlas kerana ilmu Allah. kita pulun sbb nk berjaya dapat pointer tinggi. semuanay untk kejayaan...

DUNIA
DUNYIA
DUNYE
DENYE

kalu belajar untuk exam semata dan dunia semata2..  camnalah plak akhirat kita? akhirat yang kita akan duduk selamanya2...

betulkan niat balik.. yezza..

NIAT
NIAT
NIAT


so.. minggu ni dan next week adalh exam week..

alhamdulillah 2 paper da setel.

 hari ni paper favourite aku dan one of subject yang aku target A. nak dijadikan hikmahnya.. kalu yakin sangat pun tak boleh jugak takut kecundang ditengah jalan.

aku dengan yakin tanpa tengok jadual exam, hari ni exam start pkul 2.30petag.. so malam aku tido lambat pastu rilex2 sambung tido smpai pkul 9. aku punya yakin pun whatsapp madam nak jumpe madam sbb nk tanya point2 skit.

9.15am

 madam tanya kat aku bukan pkul 9 ke exam? aku pun dengan yakin ckapla pkul 2.30.. pastu madam pun iyekan jeh. hahaha then aku cam pelik giler, tetibe terfikir kalu salah jadual.. so aku pun ape lagi turun katil pi tengok jadual.

9.20am

tengok jadual luruh jantung.. exam pkul 9. ahhhhh aku da jadi org giler. rasa tak nak pergi je. pastu tanya madam ada remedial tak? pastu madam kata tak da. denga rasa yang huru hara roommate suruh pergi jugak. suruh relax je.. aku pun gagahkan diri ni. hahaha


9.30am

aku capai towel gosok gigi basuh muka dengan tak mandinye aku capai je baju ape yg yang tak payah digosok tros pergi. dalam hati pasrah.. tawakkal.

9.45am

sesat kelas exam kat mana entah,, aku pun tak cek betul2.. last2 terjumpe gak.. dalam hati seriuos berserah

10.00am

baru jumpe kelas, dengan sengeh2 cam kerang busuk masuk pastu naseb baik penjaga kelas tu baik takde nak membebel. jujur je lah da salah tengok jadual tu. aku ada 2 jam lagi nk siapkan paper tuh. dah la 4 esei kena jawab dan 40 soalan MCQ.

10.05am

aku draft esei.. alhamdulillah..

11.30am

aku mmg target essei semua siap. dan alhamdulillah.. walau aku tau ada point yang terabur, grammar yang hancuss.. tulisan yang bercakar2 ayam. aku pasrah tawakkal..

12.00pm

sempat aku siapkan semuanya dan berjaya menghntr.

alhamdulillah..

hikmah dari sini.. jangan yakin sangat. ye lah.. walau kau yakin sangat tapi kau tak teliti.. mmg tak jadi apolah. hahaha

ape yang aku fikir time tu.. ilmu tu pemberian Allah. kita pelajari atas keredhaan Allah. kita miliki kekuatan dan semangat itu semuanya dari Allah. siapakah kita nk mintak lebih? siapakah kita nk mintak yang bukan kemmpuan kita? tidak bersyukurkah kita dengan segala nikmat yang dia bagi?Allah tahu apa yang terbaik buat kita. Dia lagi Maha Mengetahui apa yang kita tidak mengetahui. Dia yang tentukan segala2nya. kita hnya perlu berusaha dan berdoa agar segala yang kita lalui peroleh keredhaanNya. bersabarlah.. redhalah.. pasti ada hikmahnyaaaa..~




Sunday, 1 March 2015

Down

salamunalaik^^

seriously not in mood to do anything.

steghess exam barangkali

aku tak tahu

rasa sangat lemah

aku tak tahu

aku buntu

aku tak dapat nk fikir resolution

aku bukk whatsapp,.

semua discuss questions

cant think positive

rumah.. too much gangguan

sekali lagi alasan

roommate course foundtion in medic

seriously tercabar sbb struggle giler

aku seakan blank

seriusly gelap

pandang notes,, satu pun tak masuk

i feel dumb

call mom

rasa bersalah sbb anak tak pandai jaga diri

whatsapp friends,, doesnt solve anything

blogging? seems a little,.

then.. only Quran and sujood..

dosa?

maksiat?

riak?

takbur?

ujub?

yess.. all aboves..

down..

down..

down..

cry..

weak..

stop..

cry..

cant..

just

cant

dumb

positives?

courage?

didnt expect too much in this exam

dean list again?.....hope....

usaha?

cant see it much

too little

just cant see it

blank

dark

black

empty

hole

dark hole

sad

dumb

again

frust

stress

hate

hurt

weak

weak

weak

...................................................................................................................................

sorry

thank you