Wednesday, 31 December 2014

aptb

salamunalaik ^^

huiii.. pe kabauu?? hehe nga wat gapo tuh?

sepatutnya masa ni aku gunakan untuk revise subject memandangkan 2 weeks more nak dekat mid sem exam.. maka seangkatan dengan stress, pressure pun berhimpit2 dlam otak ni. hanya sikit ruang nk berjimba jimba. takpalah, lusa da plan nak berjimba ngan sayur+belacan. hehehe tanks buddies.. muah ciked.

dan sepatutnya sekarang ni aku melupakan sengketa dengan manusia lain yang punyai kekurangan sama seperti aku. tapi aku tak tahu kenapa sabar di hati ni makin menjauhh.. c'mmon la kicap!! kate kicap jalen,, maniiis je. masin pun still sedap lagi. janganla jadi lemak sbb nnti tepu nk terima orang lain.

normal lah kan bila ade persaan sakit hati, tak puas hati, geram, berapi api, nak tercarut carut. tapi IMAN pasti support SABAR bagi bantuan sdikit. maka bila kita jauh dari iman, die pun tak dapatlah nak hulurkan sabar sebagai bantuan. kita pun melayanlah perasaan amarah, hasad dengki, maki hamun dan akhirnya terputuslah hubungn persaudaraan.

Allah!!

aku ni pun sama ja.. pernah membenci, pernah dengki, pernah memutuskan hubungan.

panggg!!! aku mengahrap iman aku tampar aku!!

tapi aku manusia penuh egois, ujub, takbur dan sombong. di mana sifat2 itulah menyebabkan syaitan tak nak sujud kepada Nabi Adam A.S. dan dengan kejelekkan sifat2 tulah manusia hilang arah, dinodai nafsu, persengketaan, perbalahan dan akhirnya membawa kepada perpecahan ummah.

perpecahan ummah bukan dok terpikiaq ade rusuhan ataupun perperangan yg menyebabkan kita tercongok depan tv tapi.. tak wat pape. cakap sedih, marah, tak puas hati.. tapi sendri same jee..

hang cuba terbeliaqkan mata tuu.. nengok sekeliling. flashback balik kawan2 kita yag pernah kita maki, yang pernah kita rasa benci yang dah tak tegur walaupun selalu depan mata. dari sebab mende kecik2 camtulah boleh diperbesarkan menjadi perperangan, perpecahan.

pasai pa?

sebabnya.. kita terlalu jumud dengan pemikiran kita, dengan rules buatan sendiri kita, dengan egois yang membuatkan tak terbukak mata hati terima perangai orang lain. susah !!ya! memang susah! tapi tak mustahil ia adalah mudah. cuba kita fahami kenapa dia macam tu. letak situasi kita. kita semua serupa. kita manusia. cume yang membuatnkan dia camtu mungkin terdapat kekurangan dia.

kawan adalah orang yang menerima kelebihan dan kekurangan.

'Dia tu annoying ah.. pelik dowh.. malas betul nak kawan ngan dia'

'Pelik siaak.. da la pengotor, busuk, perangai pun serupa'

'Apahal dia tu.. sikit2 emo sikit2 nak marah'

'Weyh aku tak puas hati ah, pemalas betul, aku suruh bende kecik pun tak nak buat'

'Merapu doh die cakap. hapak aku tak paham'

'Die tu sekejap kawan, sekejap menyepi, pastu pikir kita pulak taknak kawan ngan dia.. ntah pape ntah'

'Die sombong, aku pun nk sombong ah ngan dia'

' Eee.. annoying.. sikit2 gelak, ape yang lawak pun entah'

'Aku tak suke ah ngan orang pelik camtu'


ayat2 atas tu selalu kita dengar. kadang2 kita sendiri yang cakap. itu kekurangan kita, sebab apa? sebb kita tak mahu nak terima orang lain.

'kau cakap memang senag.. kau boleh ke weyh?'

zapp.. tersentap jap.

nak terima perangai orang lain atau kekurangan orang lain bukan senang. susah weyh. manusia kutt.. sebiji cam laut, sekejap pasang sekejap surut. variables. brubah2 kadang2 kita tak kisah pun sebb kita tau dia memang camtu. wat lek wat peace ahh.. tak payah nak hiraukan sangat perasaan bengang tu. istighfar balikk.. pastu da reda daa.. dia pun buat balik perangai tu sampai tahap advance. maka..

1) Diam
2) kalu tengah berdiri, duduk. duduk kalu tengah berdiri
3) jangan pandang mata
4)istighfar
5) selawat banyak2
6) tarik nafas.. hembus.
7) mengalah
8)wudhu


mengalah?! wuitt pa pulak.. dia dah la salah. kalu tak betul kan habes ahh..

 yess!! mengalah. jangan melawan. lambat laun dia sedar dia slah tapi mungkin tak mengaku. atau someday bende tu dia akan kena balik kat dia. maka, rendahkanlah ego . tapi kalu die wat kita sampai nk kene tibai ngan kerusi.. stand up lah!! bertutur dengan berkhemah dan blaa!! jangan nak memanjangkan cerita, jangan nak perbesarkan masalah. relax bro!! Allah tahu hati kau. Allah tau kau sakit hati. Allah tahu kau marah. ingat Allah balik, Dia da merancang begitu agar kita ingat Dia balik, agar kita mempelajari sesuatu dari situ. berdoa, mohon ampun dan jangan lupa doakan dia agar diampunkan dosa. tu jeh senjata kita lawan balik.

SADO dengan IMAN bersenjatakan DOA.

hehehe.. nak bukak balik nih. doakan aku untuk mid sem nih. doakan aku dapat Dean List!!!
terima kassih.. agar Allah membalas jasa anda.. muah ciked

gud nite dearies.. dont let bed bug bite you..









Saturday, 27 December 2014

Tak suka jiwang dilarang membaca

salamunalaik ^^

maafkan saya
izinkan saya

maafkan saya untuk kali ini
izinkan saya melencong sedikit
andai tak suka maafkan saya
andai tak minat maafkan saya

post kali ini agak emotional
post kali ini anggap saja saya dah termakn kata2 saya yg lepas
anggap ini tauladan untk anda semua agar berhati bila bercakap

kerana saya ingin meluahkan rasa
berharap di sana tidak menemui blog ini atau membaca blog ini

7 bulan tidak bersua, tidak bertanya khabar.
kedua2nya memendam rasa.
kedua2nya egois
kedua2nya tak matang
18, meme la tak matang

tempoh itu
banyak yang terjadi,
banyak yang berlaku
banyak yang terpendam

yang aku tahu, aku di sini
menyimpan perasaan
memendam tangisan
menahan kemahuan

yang tinggal
cebisan memori
skrin layar memoir
yang sekelumit
mengukir senyuman sesaat
menjadi hilai tawa sedetik
membawa aku lamunan sejenak

hanya doa aku kirimkan
agar kau temui yang lebih indah
agar kau hargai yang mendatang
berharap kau lupakan aku di sini
berharap kau lelaki sejati untuk yang baru

aku tahu itu semuanya pedih
aku tahu itu semuanya sakit
aku tahu itu semuanya sengsara
aku tahu aku tak sepatutnya menyerah
tapi aku tahu itu semua adalah yang terbaik

rindu
ye aku rindu
rndu sampai aku termenung
mengukir senyuman tanpa sedar
tapi aku menahan rasa
aku sedar kau tiada

bahagia
melihat kau bahagia
melihat kau tersenyum
melihat kau bersinar seperti kau tanpa aku dahulu

ketawa
mengenang kembali peristiwa
melihat gelagat kau bersama teman yang lain
hanya media sosial
berharap aku ada disitu
tapi aku jauh

hanya Tuhan yang tahu bertapa aku rindu
hanya Tuhan kekuatan aku
hanya Tuhan membantuku
dengan berharap
kau juga begitu

sakit, rindu
semuanya aku srahkan padaNya
bukan berharap kau merasainya
tapi berharap kau melupakan aku

aku tak nak kita hanyut dengan perasaan
aku tak nak kita hanyut dari landasan
aku tak nak kau berubah seperti aku bersamamu
dihanyut perasaan tanpa mengutamakan siapa yang sepatutnya di hati

aku nak kau ingat asalmu
dari mana kau mencari ilmu
dari siapa pertemukan kita
dari siapa yang menyisipkan perasaan ini

biar aku sakit
biar aku sendiri
biar aku pedih
asal kau di atas jalan mncari ilmu Allah
agar kau tak terpesong
agar kau tak lalai dengan perasaan
agar kau tak sunyi tanpa aku
kerana Allah sentiasa bersamamu

nak melupakan kau sangat susah
sehingga saat ini kau ada di hati ini
aku wanita,
aku tak berjanji aku setia tapi aku cuba
aku ingin perasaan itu hadir
aku cemburu dengan yang lain
boleh saja kekal bersama

tapi aku tidak mahu
tidak mahu mencari
aku tak mahu pedih lagi
aku tak mahu sakit lagi
aku tak mahu sesiapa
aku harap aku mmpu
simpan hati ini sikit untuk kau

tapi aku lemah
aku tak kuat
aku tak mampu
sebab aku percaya
kau lelaki
bisa cari pengganti

aku tahu kau lelaki yang baik
kau kata boleh lupakan
tapi kau tidak
kau kata kau tak nangis
tapi kau nangis
kau kata tidak
tapi kau kata ia
aku tahu kau berhati lembut
tapi kau gagahkan jua
'tidak mengapa, aku lelaki'
kata2 kau
bagi aku, kau bukan begtu
kau tipu
agar aku tidak merasa sepertimu
agar aku tak bimbang
agar aku bahagia

aku tahu
aku risau
aku tahu saat terakhir kau melepaskan aku
kau kata tidak
tapi kau gagahkan
kau kata ia kau boleh
kau tau kau menyesal
tapi kau yakin kau boleh
sebab aku pasti ada sebab kau beriya melepaskan aku
tetapi kau berderai air mata saat kau membaca suratku

surat yang aku titpkan dengan pnuh rasa bahagia
surat yang penuh harapan akan bersama lagi
tapi surat itu ku berharap kau temui yang lain
bukan aku benci kau
bukan aku muak dengan kau
tapi aku tau aku bukan yang terbaik
kerana aku mlepaskan kau dengan semudahnya
aku tak menyesal
tapi aku tahu ini yang akan terjadi

mungkin perpisahan mematangkan kita
mungkin perpisahan mengajar erti menghargai
mungkin perpisahan mengembalikan hati yang penuh dengan maksiat ini
berlajarlah dari perpisahn
berlajarlah dari setiap kenangan
belajarlah dari setiap kekosongan
kerana dari belajar kau temui berlian disebalik lumpur

andai kita dipisahkan selama lamanya
maafkan aku atas segalanya
andai kita dipisahkan sementa di dunia
hargailah setiap detik itu
andai kita dipertemukan kembali
saat itu mungkin kita sudah  berbeza
tidak seperti dahulu

jika kau ada penggantiku,
khabarkan
agar aku terus mengganti tempat kau
agar aku boleh terus lupakan kau
agar kau tiada dalam memori ini
saat itu,
maafkan aku
kau asing bagiku

jika kita tiada
jika kita dipertemukan lagi
jika pertemuan itu untuk menebus kembali
jika sudah tertulis
kita buka memori indah yang baru
berjanji untuk setia sehingga syurga.

ini hanya coretan aku yang luka dan lemah
maafkan aku atas segalanya
mungkin anda muak dan meluat dengan coretan ini
tapi aku sekadar berkongsi perasaan
kerana aku baru merasa manis dan masamnya perasaan ini.

salam rindu dan sayang dari saya ^,^

Friday, 19 December 2014

jelly + hipokrit =hipelly

salamunalaik ^^

kali ni bukan nak cerita pasal makann tapi ada yg tersirat disebalik tu. 

jelly=jelous

apakah? first aku tau perkataan tu dri my bestfriend. i called him 'sayur'. why sayur? not because he is lembek cam sayur tapi dia sangat lembut hati dan manja gittew. well anak last.. see the leg la bro. lagi2 he called me 'kicap'. what? first time ade orang panggil aku kicap. biasenye orang selalu panggil aku sifu, amoi, cina, akak sado..pffttt.. tang akak sado tu menganjing joo haha. kicap + sayur cam nak makan ulaman bersambal kicap pedas.. ahahah dok ah.. sobab nyo dia slalu cakap my smell was like kicap. masam!! *sentap jap* bau ketibas (ketiak+basah) aku mungkin.. walau bergurau aku still terase beb sbb aku bukan pompuan yg wangi 24 hrs smpai 1 km boleh bau wangi aku. and actually, odour from our body was a reaction from our good bacteria (normal biota/ resident flora/ normal flora) on mantaining our body system. besides, hormonal actvities also  can cause odour. maka, bersyukurlah, setiap kejadian yng berlaku itu pasti ada hikmahnya. setiap ciptaan Allah mahupun yang kita tak nmpak pasti ada faedahnya. tapi.. kadang2 kalu sampai buat orang tak selesa dan agak2 semua tumbng bila kau eksited angkat tangan tanya soalan kat kelas, then.. saya megesyorkan!! ,.. * belilah deodorant jenama Kicap, ia suci lagi halal* *****krikk..krikk***** #sabit. ok. x lawak. eheheh,, da kelaut plak dah..

sebab pa hang jelly sangat nokk..?

sobab ea.. ado la oghang tu kawen tok ngajok.

 *sekampung datang keliling*
 
saponyo? anok sapo pulok ? doh sudohh

kawen apo laii? biorkan je la yoii

ate dok tahu pulok? deme tak kabo pun.

iolahh.. tang mane aku nak ceghitenyee.. aku tak kenai pun sapo dioo.

hok aloh mu nih!! gapo gitu? bagi soale bodong..

ape ke buang tebiat kau ni.

tak do kojo lettew buek statement haktuihh

tengkoghak betui hang.. abehtu? napa lagu nihh?

***agak2 nye la.. kalu dalam otak aku ni ade penduduk2 kampung camni..tak ke jenuh nak mengadap soalan2 cenggini?

nak dijadikan ceghitenye.. ambe baru balek candat sotong, duk la kat pangkin bawah rumah ambe sambil tangan pantas 'scroll' instagram femes ambe tu. #vist my ig. jangan disangka tuan punya pondok buruk ni buta IT tau. siap pkai i pong lagi..puihh.

sambil melatih ibu jari tangan menjadi sado, maka perlulah jari itu berehat seketika. tuptup.. haa ngko!! cite letop kau. naseb bek takdo cik neelopak ngan pak bebel melawat ambe. skang da tak rajin pulok dorg bedua tu.. eheh #sabitt

hakikatnya idok la letop sangat. sapo yg follow ig mike je la.. selamo ni ambe mengusha ja dia.. tuptup da tunang and kabonye nak kawen bulan ni. haa!! akhirnya persoaln terjawab. da nikoh da ghupenyeee.. baru 21 tahun dua2nya. mano taknye muka pun putih2 melati, jambu2 shah rukh khan. idok le belengas+bengis+berbubble2 cam ambe ni. yo la.. ambe candat sotong jaa. nak wat tanned ala ala The Rock gittew.. last2 seghupe cam Gopal jiran ambe tu pulakk.. nasib badan la labuuu.... 

ambo ni dok jelly bukan pasal muko dorg pun.. ambe menjelly sobb dorg kawen awal. bagai rasa mau ditampaq ngan bubu sebelah ni. tapi yob mengumpulkan tenaga wonderwoman untuk menyagat penyakit hati ni agar tersentak dari lamunan kmpung durian yg tak pernh wujud nihh. 

mulut ni kata tak nak tapi hati resah kata nak. apa nak buat, ambe ni idok le ceghedik, lagi2 mulut ni tak ceghedik cam kakak tua.. lagi2 kenolah sedaq skit.. ambe ni koje candat sotong ja.. tiap hari kira kutu sotong bape banyak. nak advance lagi tunggulah 5 tahun lagii.. bukan hati ni tak mau mencari tapi sedaq dri tak ceghedik dalam dan luaq. diri pun tunggang langgang, ade hati nak wat taman kat org lain. compang camping laa keturunn nantii. adoii

hipokrit

teman le tu.. hipokrit sungguh.. bila dok merewang ngan jemah2 kampung durian nih, ado jo ghase nak bagi triple back kick + smack down mike tuh. bukan apenye.. deme tu asyik sokseksoksek pasai laki. cam takdo jo bende nak digosipkan. maunye tak muntah hijau aku. lagi2 bila sabturday teman dibusukkan lagi ngan haruman mulut jemah2 wat rumah teman macam tahun melawat malaysia. tetibe je datang rumah dok sebarkan bauan mulut cam haktuiihh pasai laki. dok habes2 ngan lelaki. yang peliknyaa,, nok cito kat rumah ambe. tahulerr banyak bunga2 busuk kat sisni.

haihhh cghite sungguh galak betui aku nih

serius sekali rasa meluat dengan cita pasai laki. sebab pa? sbb cam takda topic lain je nak dibualkan. takda pulok cite pasai nak pegi masjid atau planning nak pi ceramah kat masjid nogori tu. haiahhh serius meluat tapi bohong. apo bohongnya? bohong kau tak pernah gosip pasai laki. bohong kau tak pernah angau ngan laki. bohong kau tak pernah try laki. bohong kau takda rasa ingin dicintai dan mencintai. tu lumrah derr.. kau boleh cebikkan bibir bila dorg citer pasal laki hot. kau boleh pekak kan telinga bila citer psal lelaki hensem. tapi hati dan otak kau sebenarnya ada!! itu normal. prasaan tu mengalir bak darah yg always circulating in your body and always pumped by the heart. every beat needs blood to pump in and out. same goes to love and tempted with something. without them,, you cant hear the same lubbdubb and its paranormal. 


puiihh.. beromputihh dah pulokk.. almaklum lahh.. teman ni ngaji skola orang2 tua.. alif wau yam, buayaa!! yass!! you spell it correct!!

okayy.. jari jemari comel teman ni pun da kejang..maaf lah kalu tulisan hamba ni jelek diterima dan pemikiran kampung. maaf ambe perosak bahasa. maaf andai tulisan hmba ni bagai pedang .maaf akan sgala2nya... ^^
baiklah teman tutup lappy pear ni dulu dan smpan bawah tiang seri. jumpa next enries!!

peace yo!!